Dikuasakan oleh Blogger.

Buaya gergasi ditangkap di Kinabatangan


SIGANAS ditutup mata untuk mengelak ia daripada menjadi terlalu agresif.

SEEKOR buaya sepanjang 5.2 meter telah ditangkap di Kinabatangan baru-baru ini.

Bagaimanapun, buaya gergasi itu ditangkap bukan kerana ia telah membaham manusia sebaliknya ia ditangkap untuk dipasangkan ‘tag” satelit bagi tujuan penyelidikan.

Membabitkan Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Danau Girang field Centre (DGFC), buaya air masin itu mereka beri nama Siganas.

Pembiayaan bagi projek itu disediakan oleh Chester Zoo dan DGFC.

“Ini adalah pemasangan tag satelit ketiga yang berjaya ke atas buaya jantan di Kinabatangan.

“Kerja-kerja itu membabitkan kakitangan DGFC dan Unit Penyelamatan Hidupan Liar,” jelas Dr Laurentius Ambu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Kami sedikit kurang bernasib baik kerana dua buaya jantan tag satelit yang dipasang pada Jun 2011 dan Januari 2012 hanya bertahan selama dua bulan.

“Kami berharap unit ini (yang dipasang pada leher Siganas) akan dapat bertahan lebih lama dan akan memberikan data penting mengenai pergerakan mereka,” tambah Ambu.

“Kami memerlukan lebih 10 lelaki untuk menarik buaya itu keluar dari perangkap dan membawanya ke pantai untuk membolehkan kami mengukurnya dan memasang satelit pada lehernya,” jelas Mark Rampangajouw, Pengurus Lapangan DGFC, yang mengetuai operasi itu.

“Kami bercadang untuk memasang tag pada leher beberapa ekor lagi (jantan dan betina) di Kinabatangan, sebelum berpindah ke sungai-sungai lain di Sabah,” jelas Dr Benoit Goossens, Pengarah DGFC dan ketua Program Buaya Kinabatangan.

“Dalam masa tiga hari, Siganas sudah bergerak 5 km menjauhi DGFC. Nampaknya, ia haiwan yang sering berpindah.

“Kami pernah menemui beberapa buaya besar di sekitar DGFC dan persaingan sesama mereka sangat tinggi,” kata Goossens.







5.2 meter!
CHEERS!  Semua yang terbabit dalam operasi itu mengabadikan
gambar bersama Siganas.
SIGANAS kembali ke laut dengan selamat setelah dilepaskan .

Tudung half moon versi pija.


Saya suka buat tudung sendiri kerana kadang-kadang tudung yang berada di pasaran tidak menepati citarasa muka yg berbentuk bulat dan harga tak masuk akal?

Yelah kau nak pakai fesyen macam-macam ,nampak model pakai macam cantik tapi bila letak kat muka kau macam pelik. 

Suatu hari masa jalan-jalan di Aeon melaka seorang sahabat menyuruh saya membuat tudung half moon. apa tudung half moon? tak pernah dengar pun. lantas beliau menerangkan bla-bla-bla namun masih samar. Pulang ke bilik terus melayari internet dan hasilnya jumpa banyak tudung half moon yg cantik-cantik terutama half moon sakura.


credit to google
Ianya berbentuk 'D' ataupun separuh bulan. Jadi pada minggu lepas saya memaksa rakan-rakan untuk pergi ke Jakel. Misi pertama ialah mencari kain yang sesuai. Memandangkan kebanyakkannya menggunakan kain chiffon maka saya mula meng'usha' kain-kain di situ namun tiada yang berkenan di hati. Kemudian naik tingkat dua dan menarik nafas lega kerana ada kain yang lagi best iaitu georgette dan chiffon georgette. Kain ni lembut, sejuk dan memang terletak apabila dipakai.  


Ok dah tentukan warna kemudian saya membeli kain georgette sepanjang 1.5 meter*Jakel seremban lagi murah* tapi takpelah tenangkan hati mungkin lain kali boleh beli di sana. Bawa pulang kain tersebut dan mula memotong mengikut bentuk 'half mon sesuka hati pija'

Cadangannya disini saya ingin mengubah sedikit fungsi shawl kepada tudung. Maksudnya saya tidak memakai seperti shawl tetapi tudung biasa sahaja*macam tudung segi tiga lipat dua tu*. Hanya jahitan manik dan bentuknya sahaja half moon.

Jadi, lepas potong-alter-potong-alter-potong-alter inilah hasilnya..

Pandangan penuh

Pandangan kepala

Pandangan sisi



Pandangan dekat



Pandangan jauh

Alhamdulillah senang dibentuk dan membawa masalah kepada saya,haha. Next project will be *siapkan tudung masz dan satu lagi half moon pija berwarna hitam supaya boleh pakai dengan mana-mana baju,wah!*

Gambar romantik Farid Kamil dan Maya Karin dalam Filem Lagenda Budak Setan 2



Gambar romantik Farid Kamil dan Maya Karin dalam Filem Lagenda Budak Setan 2. Tidak dapat dinafikan, Maya Karin ialah antara wanita tercantik di Malaysia yang memiliki senyuman sangat cantik dan menceriakan. Pada usianya yang sudah menjangkau 32 tahun, Maya Karin tetap kelihatan seperti perempuan 20-an. Tidak hairanlah kenapa beliau telah dipilih sebagai heroin dalam Filem Lagenda Budak Setan 2, menggantikan Fazura, dan bergandingan dengan pelakon kacak, Farid Kamil. Berikut ialah beberapa gambar romantik Farid Kamil dan Maya Karin dalam Filem Lagenda Budak Setan 2.






Mafia Melayu Gemparkan Bukit Bintang


Seorang Mafia Melayu telah melarikan sebuah kereta porshe Panamera berwarna emas dengan hanya bersendirian dan tidak mencederakan sesiapa.Kejadian itu berlaku di bilik pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang pada kira-kira 09:10, khamis, 11 Oktober 2012 ketika kakitangan bersarapan berdekatan di restoran berhampiran.

ketua polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki yang berpakaian baju lengan panjang berwarna putih, seluar berwarna gelap dan topi besbol, bertanya kepada salah seorang daripada pengawal keselamatan tentang salah satu kakitangan.

"Beliau kemudian pergi ke pejabat di tingkat pertama bilik pameran dan mengambil sampul surat yang mengandungi kunci kereta, dan kemudian memandu di porche," Zainuddin berkata.

"Kecurian itu hanya disedari apabila salah seorang pengawal keselamatan perasan kereta yang baru sahaja meninggalkan premis tidak mempunyai nombor pendaftaran."

Selepas melihat rakaman CCTV di premis, polis berjaya mengenal pasti suspek sebagai Mohd Azri Mohd Kassim, 31.

Alamat terakhir beliau adalah 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium di Damansara Perdana.
"Suspek mempunyai 13 rekod jenayah sebelumnya yang melibatkan kecurian kereta, rompakan dan penyalahgunaan dadah sejak 2006.

Beliau juga merupakan bekas tahanan Ordinan Darurat di Simpang Renggam, "Zainuddin berkata.

/gadis-comel-ini-menjalani-latihan-keras.

Wei..kenapa agaknya gadis ini menangis? Siapa yang menyakiti dia? Kasihan tiada seorang pun yang cuba membantu untuk meredakan keperitan yang dia alami.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Sebenarnya gadis ini sedang berlatih untuk menghadapi acara pertandingan gimnastik. Jadi kenalah berlatih 'keras' sikit kan.

Begitulah adat sukan ni, sentiasa menahan sakit..




|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v
|
v


Gila ganas punya jurulatih, habislah kalau patah kaki...huhu, bersusah dahulu bersenang-senang kemudian..


Sumber: http://www.duniarealiti.com/2012/10/gadis-comel-ini-menjalani-latihan-keras.html#ixzz29AfYgKod

MALAYSIA HARI INI



May Allah grant us children who show acts of kindness and compassion to all those around them. Ameen

Isnin, 8 Oktober 2012

GEMPAR : AKSI NORA DANISH BERCHIUM




Perghhh... Sapa lah lelaki bertuah yang dapat ciuman dari Nora danish ni beb..? Alangkah bahagianya kalau gua yang berada ditempat tu..

Dan gua yakin.., ramai jantan-jantan kabaret diluar sana yang sependapat dengan gua..

Sapalah yang tak mau dicium oleh Nora danish beb.. Tengok Nora senyum pun dah boleh membuatkan hidung berdarah.., inikan pulak dapat ciuman beb..

So.., gua harap semua peminat-peminat artis cun ni bersabar ye... Yang penting, doakanlah kebahagiaan Nora dan 'lelaki' pujaannya tu..

Biarlah dorang bahagia hingga ke akhir hayat ye... Aminnnn....


l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l

WoW!!? - Inilah Tempat Tidur Pramugari/a Semasa Penerbangan




Takkan mereka tidur di atas bangku, jadi bilik sebegini disediakan untuk mereka









GADIS THAILAND YANG SANGAT CANTIK DAN COMEL


GADIS THAILAND YANG SANGAT CANTIK DAN COMEL | Kecantikan wajah gadis Asia memang tak tertandingi dan sangat mengagumkan. Gadis Thai ini sangat cantik dengan tubuh yang proporsional ditambah lagi dengan kulitnya yang putih bersih.sumber
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855006
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855001
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855002
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855003
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855004
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855005

Kisah Afif Pelajar 15 Tahun Meninggal Selepas Ambil Wuduk


Kita biasa dengan ayat ini, ajal, maut , jodoh dan rezeki di tangan tuhan..dalam petikan berita di harian metro hari ini memaparkan kisah seorang remaja berusia 15 tahun, Afif yang meninggal selepas mengambil wuduk dan mahu mengerjakan solat subuh tetapi telah meninggal di dunia di ribaan ibunya.
Mungkin kisah ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua..ajal tak kenal usia, tua muda..bersedia atau tidak, apabila kita dijemput Allah..kita pasti akan kembali kepadaNya.
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
petikan berita dari metro:
Afiff baring di pangkuan saya dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir,” kata ibunya, Russiah Ibrahim, 44, ketika ditemui di kediamannya di Taman Nong Chik, Batu 36, Jalan Johor, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, anaknya, Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal dunia di pangkuannya ibunya selepas mengadu pening kepala.
Russiah berkata, Afiff sebelum itu baru saja selesai berwuduk dan mahu menunaikan solat Subuh.
“Afiff mengadu pening kepala dan saya terus meribanya. Saya kemudiannya mengurut dahi Afiff dengan minyak.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati bibir, kuku tangan dan kakinya bertukar kebiruan. Saya terus mengusap dadanya, manakala Afiff seolah-olah tidur berdengkur sebelum nafasnya terhenti,” katanya.
Menurut Russiah, dia memanggil jiran sebelum menghubungi Hospital Pontian serta suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, yang ketika itu bekerja di Tanjung Bin.
Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan Afiff sudah meninggal dunia.
Ahmad Seri pula berkata, Afiff yang juga pelajar pintar adalah anak ketiga daripada lima beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (SMKDPB).
Afiff bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan.
Menurut Ahmad Seri, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 6.15 pagi.
“Tiba di rumah, Afiff sudah meninggal dunia. Saya reda di atas pemergian Afiff kerana Allah lebih menyayanginya.
“Afiff seorang yang rajin dan suka menolong ibunya memasak,” katanya.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,”

di iran hukuman gantung dilakukan di depan khalayak



Beberapa masa yang lalu saya terima Gambar-Gambar hukuman gantung ini, sebetulnya saya ingin simpan sahaja Gambar-Gambar ini sebagai koleksi peribadi. Namun saya merasa bahawa saya harus sharing Gambar-Gambar ini kepada para pengunjung tabekpuang semuanya. Tujuan besarnya adalah bahawa di dunia moden seperti sekarang ini undang-undang yang di pandang sebagai undang-undang kuno ini ternyata cukup berkesan dalam menurunkan tindak jenayah di suatu negara. Hukum gantung ini di lakukan di Iran beberapa masa yang lalu, mangsanya adalah dua orang bersaudara abang dan adik suspek pembunuhan seorang hakim di negara tersebut.

Hukum gantung di Iran lazim di gunakan untuk melaksanakan banduan dengan kes-kes undang-undang tertentu. Hukuman ini cukup berkesan untuk menurunkan tindak jenayah di negara tersebut. 

Pada mulanya hukuman seperti ini dilakukan di depan awam namun sejak
 tahun 2008 Iran menerapkan peraturan baru agar hukuman seperti ini
 tidak dilakukan di depan awam. Namun demikian kadang masih juga di 
lakukan di depan umum seperti Gambar-Gambar di bawah ini.

Saya jadi ingat, misalnya di Malaysia dilakukan hukuman yang sama untuk

 kes-kes rasuah mungkin jenayah rasuah di negara kita ini akan menurun
 secara drastik, dan akan ada banyak wang negara yang terselamat. 
Bagaimana menurut anda ...??


















Blogroll