Dikuasakan oleh Blogger.

Ibu Liyana Kesal Dengan Penyebaran Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin

26 January 2013


 

Ibu Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon melahirkan rasa kesalnya terhadap penyebaran gambar -gambar pra-perkahwinan anaknya memandangkan majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tidak lama lagi.

Mungkin tidak tahan dengan komen-komen yang dilemparkan oleh pembaca blog hiburan, ibunya telah membuat kenyataan di akhbar bahawa gambar pra-perkahwinan Liyana Jasmay dan tunangnya, Fathuddin Mazlan sepatutnya untuk simpanan peribadi dan bukannya untuk disebarkan.

Liyana Jasmay telah melantik jurufoto yang terkenal dan terhebat di Malaysia iaitu Saiful Nang iaitu pengasas syarikat jurufoto profesional Candidsyndrome.

Berikut adalah kenyataan Datin Habsah Simpon di akhbar Sinar semalam (25 Jan 2012) :-

Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi. Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja. Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll