Dikuasakan oleh Blogger.

Zamani Semakin Cengkung Dan Kurus..Apa Sebabnya?


zamani
Masih berlegar di antara mimpi.
Bagai nyata kau hadir dan bersenda
Telah ku hulurkan kasihku padamu…
Kalau korang peminat Zamani, mesti korang tahu apa tajuk lagu untuk lirik yang diatas ni. Ada sesiapa yang nak sambung nyanyi..hehe. Tetiba nyanyi lagu Zamani, buang tebiat ke puteri ni :)
Sebenarnya tadi puteri ada terbaca tentang Zamani yang dikatakan semakin kurus dan cengkung. Setahu puteri dari dulu lagi Zamani memang agak kurus tapi suara dia memang best. Zamani merupakan antara penyanyi favourite puteri sampai semua lagu dia bersama kumpulan Slam, puteri hafal..hehe
Anyway berbalik kepada cerita tentang Zamani, bila puteri tengok gambar terbaru dia, ternyata memang Zamani dah lebih kurus. Mana taknya, berat badan dia kini hanya 43kg.
gambar terbaru zamani
Kata Zamani dia dah usaha macam-macam untuk tambahkan berat badan dia, tapi masih tidak berjaya. Sebaliknya makin turun pula berat badannya sehinggakan ada yang menyangkakan dia sakit.
Tapi menurut kata Zamani, dia tidak terlalu risaukan berat badannya kerana dia makan seperti biasa dan mengamalkan pemakanan seimbang.
Pada pandangan puteri la, tak kira badan kita kurus atau berisi yang penting kita sihat. Tapi kalau berat badan kita semakin menurun tanpa sebab, perlulah mendapatkan nasihat doktor kan. Kadang-kadang mungkin kita rasa sihat tapi sebenarnya ada masalah kesihatan yang kita tidak tahu kan.
p/s moga hadiah sampai tepat pada masanya ^_^

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll