Dikuasakan oleh Blogger.

Kejam ! Anak Penggal Kepala Bapa


Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa
 memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya. 

Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu 
dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney. 

Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya 
dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang
 dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42. 

“Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah
 kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis. 

Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi 
dan bertindak ekoran laporan ada kejadian
 keganasan domestik di kediaman berkenaan. 

“Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi 
yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas
 ambulans,” kata pemangku ketua polis Bankstown, 
Superintendan Glen Fitzgerald. 

Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman 
memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga
 hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya. 

Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning 
Herald: “Semua terkejut dan sangat sedih. 

“Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di 
kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak
 disangka akan berlaku,” katanya.

P/S: Macam2 berlaku dah zaman sekarang ni . Masing2 tak
reti nak hargai pengorbanan ibu bapa masing2 :'(

Kejam! Perut Terburai, Muka Dicincang, Kaki Hampir Terputus!




SHAFIE menunjukkan bangsal tempat dua lelaki Indonesia mati dibunuh di Rantau Panjang dekat Sibu pada Jumaat lalu.
SIBU - Teka-teki seorang lelaki warga Indonesia mengenai dua rakan senegaranya yang tidak menjawab panggilan telefon terungkai apabila mereka ditemui mati selepas dibunuh dengan kejam di sebuah ladang kelapa sawit dekat Rantau Panjang di sini Jumaat lalu.

Pemuda berusia 20-an yang pergi ke kawasan penempatan mangsa pada malam Jumaat lalu kemudian menemui kedua-duanya yang berusia 21 dan 27 tahun itu dalam keadaan terburai perut, muka dicincang dan kaki hampir putus.

Mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah dipercayai diserang dengan parang.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pemeriksaan mendapati mayat kedua-dua mangsa yang mati ngeri itu berada tidak jauh dari bangsal yang dijadikan penginapan mereka.

"Mangsa yang berusia 21 tahun ditemui dengan perutnya terburai manakala seorang lagi pula mukanya dicincang sementara kakinya pula hampir putus akibat ditetak.

"Kita percaya kedua-dua mangsa tersebut diserang oleh sekumpulan suspek ketika mereka sedang tidur dan maut sewaktu cuba menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Aaron Aziz Palsu Jual IPad


PETALING JAYA: “Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” kata pelakon, Aaron Aziz, selepas mendapati ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun facebook yang menggunakan namanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia juga merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka. 

Lelaki Dengan Kebolehan Pelik Ini Sebenarnya Seorang Yang Tampan





Lelaki ini memiliki kebolehan yang nampaknya tidak ada orang yang dapat menirunya. Bayangkan saja, lelaki yang berasal dari Chengdu, China bernama Tang Shuquan ini memiliki kebolehan memasukkan hidungnya ke dalam mulutnya sendiri. Dia menunjukkan kebolehannya itu kepada orang yang ditemuinya di jalanan namun tidak ada seorang pun yang mampu membuat kebolehan itu.


Dia merupakan pemegang rekod Guinness World Record untuk kebolehan pelik ini, dan dia mencabar sesiapa yang dapat melakukan hal yang sama, akan diberikan hadiah berupa wang sebesar 100.000 renmimbi. Disebalik wajahnya yang "berlipat-lipat" seperti dalam gambar, sebenarnya lelaki ini masih muda dan berwajah cukup tampan. - AP

Dulu Wanita Ini Cantik Tapi Sekarang Jadi Pontianak!


Maria Jose Cristerna wanita berusia 30 tahun daripada Guadalajara, Mexico kini telah dicop "Wanita Pontianak Mexico" apabila dia telah melakukan pembedahan menanam plat titanium,bertindik dan bertatu sejak 15 bulan yang lepas.Tranformasi tubuh yang dibuat beliau telah berjaya menempatkan dirinya dalam "Ripley's Believe It or Not!"




















Jurujual Dirompak & Dirogol Di Kemaman


Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, Sabtu.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Jurujual Dirompak & Dirogol Di Kemaman
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.
Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Fazura Mengaku Shaheizy Sam Punyai Kualiti Lelaki Idaman



Fazura

Fazura menganggap aktor Shaheizy Sam seorang lelaki yang istimewa kerana mempunyai perwatakan tidak seperti sesetengah lelaki lain.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata Shaheizy Sam atau Sam memiliki kualiti seorang lelaki yang diidam-idamkan para wanita termasuklah dirinya.

"Saya setuju Sam seorang lelaki yang ‘tidak banyak’ di luar sana.

"Ramai wanita yang menganggap lelaki semuanya sama, tetapi dia lain, dia sangat istimewa.

"Kerana itu saya sangat senang apabila berlakon dengannya menerusi drama Kisah Cinta," katanya.

Tambah Fazura lagi, dia dapat melihat Sam juga seorang yang sangat menghormati wanita.

Dalam perkembangan lain Fazura berkata, sejak menginjak usia 30 tahun, dia mula peka terhadap penjagaan kesihatan untuk memastikan dirinya kekal sihat.

 Shaheizy Sam

Dia kini melakukan pelbagai aktiviti seperti 'pilates' supaya kekal cergas selain mengamalkan cara pemakanan yang betul.

"Apabila usia meningkat, macam-macam penyakit yang akan muncul tanpa kita sedar.

"Sudah tiba masanya untuk saya lebih berjaga-jaga soal pemakanan yang betul selain bersenam. 

Bagaimanapun saya bukannya berdiet, cuma mengamalkan cara pemakanan yang sihat," ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura juga mengelak daripada mengambil minuman berais untuk agar kesihatannya terjamin.

"Alhamdulillah, berat badan saya turun sedikit, cuma saya perlu menaikkan otot-otot badan sedikit supaya nampak sedikit tegap," ujarnya yang akan muncul dalam drama Kisah Cinta disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April ini di saluran TV3.

Blogroll