Dikuasakan oleh Blogger.

Video Skill: Teppanyaki Chef @ Hibachi


Teringat semasa bekerja di sebuah restoran jepun 7 tahun lepas. Masa tu hamba baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan katering.; Mula-mula masuk, memang hapah pun tak faham.  haha.. Yela, bahasa Jepun kot. 3 bulan masuk kerja, otak blank. Alhamdulillah masa tu chef-chef pun faham budak baru mahu belajar. hehe.. Last-last, dapat juga hamba menguasai masakan Jepun masa tu. Kalau yang sekarang ni tak tau la macam mana. haha.. Silap-silap pisau terbang ke dada.

Apapun kerja seorang teppanyaki chef @ hibashi memang best. Tapi, perlu diingat. Untuk menguasai skill pisau, fork dan spatula ni kena belajar dulu. Ianya boleh menjadi sangat bahaya. 


Gambar dan video ini adalah seorang warga Indonesia berketurunan Batak yang berhijrah ke US. Pada asalnya, beliau adalah seorang kelasi kapal, dan akhirnya bekerja dan menetap di New York sebagai seorang hibashi chef di sebuah restoran Jepun yang terkemuka di New York. Beliau ini sangat terkenal disebabkan kemahiran beliau sebagai hibachi chef sehingga mendapat nama jolokan Sinaga Jack Tamagucci.







Fuyyo!!! PSY Gangnam Style Masuk Rekod Guinness




Nampaknya kejayaan PSY Gangnam Style ni memang menakjubkan. Dah la sekejap sahaja mencipta fenomena Gangnam Style di seluruh dunia, sekarang sekali lagi mencipta sejarah tersendiri bila PSY Gangnam Style ni masuk rekod Guinness Dunia.

Klip video PSY Gangnamstyle ni mendapat status LIKE paling banyak di YouTube yang mana sebanyak 2,141,758 like, mengatasi rekod LMFAO, Justin Bieber dan Adele. Fuyyo!!! Joget ala kuda dan tak pakai stoking pun buleh famous ooo...

Kita ambik positif tentang kreativiti PSY Gangnam dan team beliau menggunakan medium YouTube dengan cara yang terbaik. Hasilnya, beliau kini terkenal mengatasi artis Hollywood.

Bapa meraung terlanggar bayi sendiri hingga mati



Seorang bapa, Muhammad Uzair Zul, 22 hanya mampu meraung apabila dia menyedari terlanggar anaknya yang berusia 13 bulan ketika dia mula memandu selepas mengisi minyak. Dalam kejadian kira kira jam 6 petang  itu, Auni Iylia Aifa, 13 bulan bermain di kawasan luar rumahnya  yang terletak berhampiran stesen minyak milik keluarga tanpa disedari ahli keluarga yang lain.

 Bayi 13 bulan dilanggar bapa

Bapa meraung terlanggar bayi sendiri hingga mati - Terbakor

Bapa terlanggar anak ketika memandu kereta

PADANG TERAP: “Sedangkan kucing pun kalau boleh kita elak, ini kan pula anak sendiri,” kata Muhammad Uzair Zul, 22, bapa kepada Auni Iylia Aifa, 13 bulan, yang meninggal dunia selepas digilis kereta dipandu bapanya di pekarangan rumah mereka di Felda Lubuk Merbau, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar kawasan rumahnya yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya sebelum dilanggar oleh kereta dipandu bapanya yang tidak menyedari kehadiran anaknya.
Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad Uzair berkata, dia baru pulang dari Sik ketika itu dan tidak menyangka akan melanggar anaknya sebaik selesai mengisi minyak di stesen minyak keluarganya.


“Sebaik mengisi minyak, saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti terlanggar kerusi.
“Saya segera menoleh ke belakang bagi melihat apa yang dilanggar, namun tiada apa berlaku hinggalah terdetik melihat di bawah kereta lalu ternampak tubuh anak saya di bawah kereta dengan kesan darah yang banyak.
“Ketika itu, saya hanya mampu bertakbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga yang berehat di rumah,” katanya di rumahnya, semalam.

Dia berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah ketika kejadian, segera mendukung anaknya menuju ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, 50 meter dari rumah mereka.
Katanya, anaknya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu akibat cedera parah di muka dan kepala.

“Saya terkilan namun menerima takdir ini dengan tabah,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu manja dan sentiasa berada dalam kawalannya jika bermain di luar rumah.
Namun, katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar tanpa dikawal dan kejadian yang berlaku benar-benar di luar dugaan serta menyedihkan mereka sekeluarga.
“Saya meraung bagaikan ‘dirasuk’ selama satu jam sebaik melihat keadaan anak saya yang berlumuran darah sebelum ditenangkan ahli keluarga lain,” katanya.

Ketika Cinta Mula Di Kecewakan




Ketika Cinta Mula Di Kecewakan


Ketika Cinta Mula Di Kecewakan | Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita berada diatas dengan segala kesenangan. Allah Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik untuk hamba-Nya..

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.”
~ (Al-Baqarah 216)
Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yang kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan. Setelah sekian lama kau memendam luka.

Setelah sekian lama kau rendam nestapa, rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu. Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu..

Sahabatku, ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..

Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya..


* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu ketika hati kita sering berkata, “Aku sangat mencintainya..”

Ingatlah..Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu?

Yang memberatkan punggungmu?

Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu,

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..

Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),

Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.”

~ (QS.94:1-8)

“Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya..”

Blogroll