Dikuasakan oleh Blogger.

cerita pelik dari seluruh dunia..baca tau

Salam dan selamat sejahtera!

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni. Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia. Saya juga akan bercerita senarai orang paling kaya dalam dunia yang baru dikeluarkan oleh Forbes. Ok, mula.......


Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe

Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.
Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhu
Masa sekolah dulu anda belajar science, lembu tergolong dalam kumpulan herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala karnivor adalah pemakan haiwan lain tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia, "lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan Karnivor! Cuba baca cerita ni...
Di, Kolkata, India, seorang petanimenyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap? Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha
Di, Guatemala City, Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang untuk membersihkan tapak suci puak Mayan daripada "badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Presiden Bush! Seorang jurucakap bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ! Hai pelik jugak saya fikir, Bush ni betul-betul dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal mak Bush lahirkan mamat seekor ni! 





Akhir sekali saya nak cerita pasal senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...


  1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
  2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
  3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
  4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
  5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
  6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
  7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
  8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
  9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
  10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah Forbes.
Sampai sini dulu untuk sekarang, salam

Tuesday, March 6, 2007

Selamat Datang ke Blog ni!

Salam dan selamat sejahtera!

Pada post yang pertama ni, saya nak cerita tentang beberapa berita yang agak pelik dan agak melucukan bagi sesetengah orang dan membuat sesetengah yang lain pula berfikir panjang. Kadang kala bila kita baca paper kita tak baca berita-berita kecik tapi sebenarnya berita-berita kaki ni banyak membuatkan saya berfikir dan banyak juga menambahkan pengetahuan saya, hari ni 7 March 2007, di paper THE SUN,

Di Thailand, 5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital. Ikan yang reput tersebut berada dalam satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu, mereka pun terhidula bau yang amat busuk dari ikan yang telah reput tu! Bayangkan bau ikan yang reput pun boleh buatkan manusia mati! Betapa lemahnya kita sebagai manusia, dengan bau ikan pun kita tak tahan!
Di China, kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007 kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti semasa cuti perayaan Tahun Baru China! Ni lagi satu berita yang membuatkan saya pelik, Orang China betul-betul dah ketagih internet, saya rasa mungkin sebab kat sana hiburan pun banyak disekat, jadi mereka mempunyai tak banyak saluran untuk mendapatkan hiburan selain daripada internet!


Di New York,Wikipedia, satu website yang sangat popular yang menyediakan maklumat percuma, sedang mengalami krisis dimana seorang penghantar maklumat yang dihormati di website tersebut rupa-rupanya hanya seorang pelajar biasa. Beliau, Ryan Jordan berumur 24 tahun berpura-pura sebagai seorang profesor dan menghantar banyak maklumat kepada Wikipedia tentang Agama Kristian. Sumber maklumat yang beliau gunakan hanyalah satu buku bertajuk"Catholiscisme for Dummies". Untuk maklumat anda, semua orang dibenarkan untuk menghantar maklumat di Wikipedia dan lebih banyak maklumat dan lebih tepat maklumat tersebut, lebih dihormati penghantar maklumat itu oleh pengguna Wikipedia. Nampaknya kita sekarang perlu berhati-hati bila ambil maklumat dar Wikipedia!!

Ni kisah lain pulak di internet,



Di Mumbai, India, Starbucks satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang diberi nama Starstrucks! Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?

Di Karachi, Pakistan, seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya! Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!
Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan merekamendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids. Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit, bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom".Orang muda mesti fikir macam tu!

Oklah sampai kat sini dulu hari ni, jika ada sebarang komen silalah letakkan di sini. Cara untuk bagi komen ialah dengan klik "comments" kat bawah. Segala komen anda amatlah dihargai. Kalau nak ulas pasal berita-berita tadi pun boleh, kita boleh bertukar-tukar fikiran! Jika rasa blog ni bagus bolehlah tolong promosi kat kawan lain dan saya berjanji akan tulis yang terbaik untuk pembaca sekalian. Terima Kasih kerana sudi membaca!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll