Bapa meraung terlanggar bayi sendiri hingga mati
Seorang bapa, Muhammad Uzair Zul, 22 hanya mampu meraung apabila dia menyedari terlanggar anaknya yang berusia 13 bulan ketika dia mula memandu selepas mengisi minyak. Dalam kejadian kira kira jam 6 petang itu, Auni Iylia Aifa, 13 bulan bermain di kawasan luar rumahnya yang terletak berhampiran stesen minyak milik keluarga tanpa disedari ahli keluarga yang lain.
Bayi 13 bulan dilanggar bapa
Bapa terlanggar anak ketika memandu kereta
PADANG TERAP: “Sedangkan kucing pun kalau boleh kita elak, ini kan pula anak sendiri,” kata Muhammad Uzair Zul, 22, bapa kepada Auni Iylia Aifa, 13 bulan, yang meninggal dunia selepas digilis kereta dipandu bapanya di pekarangan rumah mereka di Felda Lubuk Merbau, di sini, petang kelmarin.Dalam kejadian jam 6 petang, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain di luar kawasan rumahnya yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya sebelum dilanggar oleh kereta dipandu bapanya yang tidak menyedari kehadiran anaknya.Menceritakan semula kejadian itu, Muhammad Uzair berkata, dia baru pulang dari Sik ketika itu dan tidak menyangka akan melanggar anaknya sebaik selesai mengisi minyak di stesen minyak keluarganya.
“Sebaik mengisi minyak, saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti terlanggar kerusi.“Saya segera menoleh ke belakang bagi melihat apa yang dilanggar, namun tiada apa berlaku hinggalah terdetik melihat di bawah kereta lalu ternampak tubuh anak saya di bawah kereta dengan kesan darah yang banyak.“Ketika itu, saya hanya mampu bertakbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga yang berehat di rumah,” katanya di rumahnya, semalam.Dia berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah ketika kejadian, segera mendukung anaknya menuju ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, 50 meter dari rumah mereka.Katanya, anaknya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu akibat cedera parah di muka dan kepala.“Saya terkilan namun menerima takdir ini dengan tabah,” katanya.Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu manja dan sentiasa berada dalam kawalannya jika bermain di luar rumah.Namun, katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar tanpa dikawal dan kejadian yang berlaku benar-benar di luar dugaan serta menyedihkan mereka sekeluarga.“Saya meraung bagaikan ‘dirasuk’ selama satu jam sebaik melihat keadaan anak saya yang berlumuran darah sebelum ditenangkan ahli keluarga lain,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan