Kejam ! Anak Penggal Kepala Bapa
Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa
memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya.
Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu
dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.
Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya
dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang
dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.
“Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah
kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis.
Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi
dan bertindak ekoran laporan ada kejadian
keganasan domestik di kediaman berkenaan.
“Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi
yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas
ambulans,” kata pemangku ketua polis Bankstown,
Superintendan Glen Fitzgerald.
Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman
memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga
hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.
Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning
Herald: “Semua terkejut dan sangat sedih.
“Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di
kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak
disangka akan berlaku,” katanya.
P/S: Macam2 berlaku dah zaman sekarang ni . Masing2 tak
reti nak hargai pengorbanan ibu bapa masing2 :'(