Dikuasakan oleh Blogger.

TMJ Tidak Endah Penggantungan FAM dengan berada di Padang Masa JDT Lawan Terengganu



Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berada di bangku simpanan pada perlawanan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu Sabtu lalu adalah melanggar peraturan memandangkan beliau masih menjalani penggantungan enam bulan daripada terbabit daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Bagaimanapun Penolong Setiausaha Agung FAM yang juga bertindak sebagai Komisioner Perlawanan itu Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada pegawai undang-undang bagi menyiasat status Tunku Ismail ketika berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin ketika perlawanan itu.

“Saya mengesahkan Tunku Ismail memang berada di bangku simpanan pada perlawanan itu,” katanya.

“Berdasarkan peraturan, Tunku Ismail yang menjalani hukuman penggantungan sepatutnya tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak persatuan ini dan tindakan susulan akan diambil.

“Namun pihak kami perlu memastikan (status) kehadiran Tunku Ismail atas kapasiti Presiden PBNJ atau sebagai Tengku Mahkota Johor. Jika atas kapasiti sebagai Tengku Mahkota Johor, FAM akan menyerahkan perkara ini kepada pegawai undang-undang bagi menilai situasi sebenar.”

Dalam laporan Arena Metro semalam, Tunku Ismail yang sebelum ini dihukum Jawatankuasa Tatatertib kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM bulan lalu atas kesalahan mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) dilihat berada di bangku simpanan Johor DT ketika pasukan tuan rumah menewaskan Terengganu 3-2.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang diminta mengulas mengenai insiden itu kelmarin menyatakan perlu menunggu laporan penuh Komisioner Perlawanan sebelum membuat sebarang tindakan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll