Dikuasakan oleh Blogger.

PEMBULI YANG BELASAH KETUA TINGKATAN

Satu video yang tersebar di laman sosial hari ini iaitu video seorang ketua tingkatan dibelasah oleh sekumpulan pelajar di dalam kelas telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pada mulanya video ini telah dimuat naik oleh salah seorang pelajar yang merekod video ini di youtube dan telah memadam setelah mendapati ramai orang memberi komen yang negatif. Namun begitu, pengguna youtube yang lain juga telah memuat naik video ini dan memuat naik semula.

Di dalam video tersebut ketua tingkatan pelajar itu telah di tarik oleh sekumpulan pelajar ke dalam kelas untuk membelasah secara beramai-ramai.

Ketua tingkatan itu dibelasah teruk dan tidak membalas dan beliau cuma bertahan dengan menutup kepalanya menggunakan tangan.


Laporan polis turut dibuat oleh pengguna laman sosial yang mahukan keadilan terhadap pelajar dipukul tersebut. Menurut sumber yang kami perolehi, insiden ni berlaku kat salah satu sekolah di Selangor. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll