Dikuasakan oleh Blogger.

Tudung half moon versi pija.


Saya suka buat tudung sendiri kerana kadang-kadang tudung yang berada di pasaran tidak menepati citarasa muka yg berbentuk bulat dan harga tak masuk akal?

Yelah kau nak pakai fesyen macam-macam ,nampak model pakai macam cantik tapi bila letak kat muka kau macam pelik. 

Suatu hari masa jalan-jalan di Aeon melaka seorang sahabat menyuruh saya membuat tudung half moon. apa tudung half moon? tak pernah dengar pun. lantas beliau menerangkan bla-bla-bla namun masih samar. Pulang ke bilik terus melayari internet dan hasilnya jumpa banyak tudung half moon yg cantik-cantik terutama half moon sakura.


credit to google
Ianya berbentuk 'D' ataupun separuh bulan. Jadi pada minggu lepas saya memaksa rakan-rakan untuk pergi ke Jakel. Misi pertama ialah mencari kain yang sesuai. Memandangkan kebanyakkannya menggunakan kain chiffon maka saya mula meng'usha' kain-kain di situ namun tiada yang berkenan di hati. Kemudian naik tingkat dua dan menarik nafas lega kerana ada kain yang lagi best iaitu georgette dan chiffon georgette. Kain ni lembut, sejuk dan memang terletak apabila dipakai.  


Ok dah tentukan warna kemudian saya membeli kain georgette sepanjang 1.5 meter*Jakel seremban lagi murah* tapi takpelah tenangkan hati mungkin lain kali boleh beli di sana. Bawa pulang kain tersebut dan mula memotong mengikut bentuk 'half mon sesuka hati pija'

Cadangannya disini saya ingin mengubah sedikit fungsi shawl kepada tudung. Maksudnya saya tidak memakai seperti shawl tetapi tudung biasa sahaja*macam tudung segi tiga lipat dua tu*. Hanya jahitan manik dan bentuknya sahaja half moon.

Jadi, lepas potong-alter-potong-alter-potong-alter inilah hasilnya..

Pandangan penuh

Pandangan kepala

Pandangan sisi



Pandangan dekat



Pandangan jauh

Alhamdulillah senang dibentuk dan membawa masalah kepada saya,haha. Next project will be *siapkan tudung masz dan satu lagi half moon pija berwarna hitam supaya boleh pakai dengan mana-mana baju,wah!*

1 ulasan:

  1. cantik.. bleh tunjuk gambar penuh tudung nie tak? macam nak DIY gak. emel pd sy bleh? :D

    faidzamokhtar@yahoo.com.my

    tQ

    BalasPadam

Blogroll