Bekas Kekasih Jalin Hubungan Dengan Rakan Karib
Posted on Saturday, January 26, 2013 | 0
comments
Kimberly Sue Yap Chiu atau Kim
Chiu
Bekas kekasih jalin hubungan dengan rakan
karib
Tidak pernah terlintas di kotak fikirannya
semua itu akan berlaku. Apatah lagi, ia membabitkan seseorang yang begitu
dipercayai dan sentiasa di sisi ketika cintanya menemui noktah beberapa tahun
lalu.
Namun takdir yang tertulis diterima pasrah
aktres berdarah campuran Filipina dan Cina, Kimberly Sue Yap Chiu atau umum
lebih mengenalinya sebagai Kim Chiu.
Saya gembira mereka bersama. Tiasa salahnya
kerana kedua-duanya masih sendiri, sepatutnya semua bergembira apabila mereka
bercinta," Kim Chiu
Gadis berusia 22 tahun itu berkata, dia gembira
ketika mendengar bekas teman lelakinya iaitu aktor, Gerald Anderson menemui
pengganti dengan aktres dan model, Maja Salvador.
Namun sebagai manusia, Kim Chiu yang membesar
di Cebu City tidak menafikan, dia penat apabila persoalan yang sama terus
diajukan kepadanya.
Selepas cinta mereka menemui noktah, Kim Chiu
berkata, dia terus memandang ke depan dan memilih untuk tidak lagi mengulas
mengenai bekas teman lelakinya, terutama hal berkaitan soal hati.
Sejak perpisahan mereka, Gerald dikatakan
menjalin hubungan dengan seorang gadis dari Cebu sedangkan ketika itu dia
bercinta dengan Ratu Pop, Sarah Geronimo.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Gerald.
Namun ketika dikaitkan dengan Maja, Gerald menghampakan peminat yang
mengharapkan penjelasan daripadanya apabila terus mengunci mulut.
Lantas Kim Chiu diburu media untuk penjelasan,
namun memohon dirinya tidak terus dikaitkan dengan aktor berusia 23 tahun
itu.
“Saya gembira mereka bersama. Tiada salahnya
kerana kedua-duanya masih sendiri, sepatutnya semua bergembira apabila mereka
bercinta,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri TV terbaru
popular,
Mother, Sibling, Daughter, minggu lalu.
Kim Chiu berkata, Maja pernah menghubunginya
dan memohon kebenaran untuk keluar dengan Gerald. Bagaimanapun, percintaan
mereka menjadi bahan kritikan media kerana ia terjadi di luar jangkauan.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenainya,
malah tidak pernah menyangka ia akan berlaku,” kata Kim Chiu.
Enggan terus memikirkan mengenai perkara itu,
Kim Chiu berkata, dia bersikap profesional malah tidak berdepan masalah jika
ditawarkan bekerja dengan Maja.
“Mungkin antara saya dan Gerald lebih serasi
sebagai kawan, bukan pasangan kekasih,” katanya yang sedang hangat digosipkan
bercinta dengan aktor, Xian Lim.
Hubungan Kim Chiu dan Gerald mula diperkatakan
apabila mereka mempamerkan keserasian dalam siri, Pinoy Big Brother Teen
Edition.
Selepas hubungan mereka berakhir, Kim Chiu
mendekati Xian Lim namun percintaan mereka ditolak peminat yang masih
mengharapkan dia dan Gerald kembali bersatu.
Ketika ini, Kim Chiu dan Xian Lim sedang
menikmati kemuncak dalam karier malah dilihat sebagai antara bintang paling
menyerlah sepanjang tahun lalu.
“Saya gembira kerana dalam kesibukan, saya
masih mampu menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak. Saya berharap dapat
melakukan lebih banyak projek untuk terus mempengaruhi mereka ke arah kebaikan,”
katanya.
Bagaimanapun kata Kim Chiu, tidak semua yang
berada di dalam genggamannya itu datang mudah. Menyifatkan kejayaannya itu
bertitik-tolak daripada restu keluarga, Kim Chiu tidak pernah melupakan
kesengsaraan lalu.
Membesar tanpa kasih sayang bapa, ketika
usianya menganjak 12 tahun, ibunya pula meninggalkan dia dan
adik-beradiknya.
Dibesarkan sanak-saudara yang prihatin, Kim
Chui berkata, sehingga ini dia tidak pernah mendengar berita mengenai kedua ibu
bapanya.
Biarpun sudah lama memaafkan perbuatan kedua
ibu bapanya, Kim Chiu berkata, dia membesar menjadi manusia yang sensitif dan
berharap pengalaman itu tidak berulang andai ditakdirkan dirinya menjadi seorang
ibu.
“Saya percaya, ibu bapa ialah insan terbaik
yang wajar menjadi teladan kepada anak-anak,” katanya mengakui, kegagalan cinta
dengan Gerald turut membentuk dirinya menjadi insan yang kuat dan
berani.
Read more: http://www.blogzaim.com/2013/01/bekas-kekasih-jalin-hubungan-dengan.html#ixzz2J4x5mTaM
0 ulasan:
Catat Ulasan