Mayat Reput Ditemui Disyaki Kanak Kanak Hilang; William Yau Zhen Zhong – Terbakor
Mayat Reput Ditemui Disyaki Kanak Kanak Hilang; William Yau Zhen Zhong
Berdasarkan pakaian
yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh,
Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang
dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu. Sedihnya..biar polis siasat apa yang
sebenarnya berlaku terhadap kanak kanak itu.
Menurut sumber
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi,
ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang
ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri
Perantau itu.
Katanya, berdasarkan
pengecaman ahli keluarga terbabit, kanak-kanak terbabit memakai seluar dalam
sama seperti seluar dalam yang dipakai William Yau pada hari
kehilangannya.
Bagaimanapun, usaha wartawan Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa terbabit gagal kerana difahamkan mereka masuk dan keluar melalui pintu belakang rumah mayat HTAR.
Sementara itu,
bercakap kepada pemberita di HTAR, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten
Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mayat kanak-kanak itu itu dijumpai orang
ramai pada jam 6.30 petang semalam.
“Polis terima
panggilan daripada orang ramai berhubung penemuan satu mayat budak lelaki
tersangkut berhampiran bot di jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang petang
semalam.
“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak dapat kenal pasti identiti mangsa untuk dibuat pengecaman berikutan mayat dipercayai sudah lama berada di laut.
“Ketika dijumpai, mayat berkenaan lengkap berpakaian iaitu kemeja-T berwarna oren kekuning-kuningan dan seluar pendek,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, kemeja T berkolar bulat itu bertulis perkataan `Active Group’ dan `Best Team’.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat yang dijangka dilakukan pagi esok.
“Kita tidak menolak kemungkinan ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa. Tiada sebarang kesan perbuatan jenayah pada mayat berkenaan dan berdasarkan keadaan fizikalnya, kita percaya mangsa adalah warga tempatan,” katanya.
William Yau dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu selepas keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya ketika singgah di kedai alatan elektronik di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights Subang Jaya.
0 ulasan:
Catat Ulasan