Dikuasakan oleh Blogger.

Nadia Aqilah Belum Kecewa Dengan Lakonan

 





KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Aqilah masih belum kecewa dengan dunia lakonan selepas filem pertamanya iaitu Zaiton Ceritaku gagal mendapat kutipan memberangsangkan di pawagam tahun lalu.

Nadia berkata, walaupun sedih dengan penerimaan penonton terhadap filem arahan Esma Daniel itu namun dia menganggap ia sebagai satu percubaan yang mematangkannya sebagai pelakon.

"Sedih itu memang ada kerana ia adalah antara perkara terbesar yang saya lakukan sejak terlibat dalam dunia lakonan dan semua pihak yang terlibat telah melakukan terbaik untuk filem tersebut.

"Bagaimanapun banyak perkara menerusi projek itu telah mematangkan saya sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Tambah Nadia, dia bersyukur apabila lakonannya di dalam filem berkenaan mendapat ulasan yang baik dan terbuka untuk bekerja dengan mana-mana pengarah filem selepas ini.

Dalam pada itu, Nadia berkata, sehingga hari ini dia masih lagi menghadiri uji bakat sama ada untuk filem, drama atau teater bagi mencari watak dan peranan sesuai dengannya.

"Apabila menghadiri uji bakat saya tidak tahu apa yang akan menanti dan saya suka perasaan itu dan pada masa sama ia dapat melatih saya untuk melakonkan sesuatu watak secara spontan," jelasnya.

Sementara itu, Nadia juga memberitahu dia masih menyimpan hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian namun terpaksa ditangguhkan kerana sibuk dengan lakonan.

Bagaimanapun kata Nadia, dia akan memastikan karier nyanyiannya akan dapat dikembangkan selepas mendapat respon baik menerusi filem Zaiton Ceritaku yang memerlukannya menyanyi.

Dalam perkembangan lain, Nadia berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Kisah Cinta selain sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal Chow Kit Road! Chow Kit Road! di Istana Budaya pada 10 hingga 26 Mei depan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll