Dikuasakan oleh Blogger.

Aksi Peluk Artis Korea Di Tasik Ampang Diganggu Peminat


Aksi Peluk Artis Korea Di Tasik Ampang Diganggu Peminat
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2013: Kedatangan bintang K-Pop kacak, Choi Siwon atau Siwon dari kumpulan Super Junior secara mengejut ke Malaysia benar-benar telah membuat peminatnya berada dalam kelam-kabut, petang semalam.
1
Bagaimanapun, Siwon yang hadir seorang diri tanpa ahli Super Junior yang lain telah menjalani penggambaran sebuah iklan dengan keadaan tenang di Taman Tasik Ampang Hilir.
14
Sungguhpun begitu, Siwon mendapat sedikit gangguan apabila dia mahu menjalankan babak peluk bersama seorang model wanita. Menurut laporan penulis xuan.com.my, tatkala Siwon mahu melakukan adegan itu, peminat naik histeria dan menjerit.
2
Pun begitu, Siwon dilaporkan tidak marah dengan jeritan tersebut dan hanya menunjukkan isyarat senyap kepada peminatnya.
4
Difahamkan, Siwon telah menjalani penggambaran itu lebih kurang sejam sahaja yang mana ia bermula dari jam 6 hingga 7 malam.
5
Siwon juga dilaporkan bakal menyambung babak selanjutnya pada hari ini di lokasi yang tidak dirahsiakan.
6
Apa sekalipun, sebaik saja tamat penggambaran Siwon sempat bersalaman dengan peminatnya. Namun, tiada sebarang media yang dibenarkan untuk menemubual Siwon-murai.com.my
7
8 9 10 11 12

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll