Fazura Tak Rela Dipeluk Atas Katil
Tidak mahu berpelukan dan beraksi mesra? Ya, itu adalah pengakuan dari mulut Fazura sendiri ketika ditemubual oleh mStar Online.
“Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.”
Namun pendiriannya ini telah menimbulkan salah faham sehingga ada pihak yang beranggapan dia mahu menunjuk dirinya baik dan mempunyai niat untuk menyindir pelakon lain.
“Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain.”
Fazura bakal digandingkan bersama Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta’-OhBulan
0 ulasan:
Catat Ulasan