Dikuasakan oleh Blogger.

Najwa Latiff Dapat 4A Untuk SPM



najwa spm

Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.
Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.
Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.
Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.
Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll