Dikuasakan oleh Blogger.

Dulu tarian tiang sekarang....sangkar kera


CageDance

Sebuah kelab malam di pinggir ibu kota dikesan menawarkan pakej maksiat ‘dua dalam satu’ membabitkan tarian gadis seksi di dalam sangkar, selain dilengkapi pusat pelacuran bagi memerangkap lelaki miang.
Aduan beberapa pengunjung kelab malam itu membawa wartawan Metro Ahad menyiasat kesahihan dakwaan terbabit sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, pengusaha malam kelab terbabit licik mengelirukan pihak berkuasa apabila hanya menyediakan tarian sangkar pada hari tertentu dari semasa ke semasa, tetapi harinya tidak konsisten.
Seorang pengunjung dikenali sebagai Joe berkata, dia pernah menyaksikan tarian sangkar membabitkan beberapa gadis seksi di kelab malam itu, tetapi ia hanya sesekali diadakan.
Katanya, tarian sangkar tarikan terbaru beberapa kelab malam sekitar ibu kota bagi menggantikan tarian joget tiang yang makin kurang diminati.
“Susah mahu cakap hari apa ada tarian sangkar, biasanya tak tentu. Mungkin tauke takut kelab kena serbu kalau buat hari tetap.
“Saya pun biasanya cuba nasib saja, kalau ada nasib baik, kalau tak, layan muzik sajalah,” katanya.
Berdasarkan siasatan, hampir 30 pelayan pelanggan (GRO) warga China memenuhi premis terbabit dari semasa ke semasa. Mereka boleh dijadikan teman ‘minum’ atau menari jika pelanggan membeli minuman keras atau memberi tip.
Pusat hiburan itu turut dikesan menganjurkan parti liar pada masa tertentu bagi menarik perhatian pengunjung berdasarkan beberapa iklan di dalam premis terbabit.
Siasatan seterusnya membawa kepada penemuan pusat pelacuran di atas premis hiburan ini. Didapati, individu yang mabuk dan miang akan ke tingkat dua premis terbabit bagi melampiaskan nafsu.
Keadaan pusat pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan spa ini seakan-akan hotel lima bintang apabila ruang tamunya dilengkapi sofa mewah dan beberapa skrin televisyen LCD berserta meja komputer.
Kebanyakan pelacur di premis ini adalah warga China dan Thailand berusia 20 hingga 28 tahun. Begitupun, harga ditetapkan berbeza mengikut warga negara iaitu RM238 bagi pelacur China dan RM178 bagi pekerja seks Thailand.
Lebih menjijikkan, satu daripada skrin LCD terbabit turut menayangkan tayangan lucah secara terang-terangan kepada pelanggannya.
Pemerhatian wartawan mendapati, pelanggan yang memilih pelacur di ruang tamu premis itu akan dibawa ke bilik khas di bahagian belakang pusat berkenaan.
Sebagai langkah ‘keselamatan’ dan untuk mengelak diserbu pihak berkuasa, premis ini turut dilengkapi puluhan kamera litar tertutup (CCTV).
Difahamkan, pusat pelacuran ini beroperasi lebih awal daripada premis hiburan berkenaan iaitu seawal jam 12 tengah hari sehingga 5 pagi, manakala premis hiburan itu pula dibuka seawal jam 7 malam sehingga lewat pagi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll