Dikuasakan oleh Blogger.

Lelaki Patut Tahu Perempuan Takkan Marah Kamu Tanpa Sebab, Takkan Menangis Tanpa Sebab, Takkan Tawar Hati Tanpa Sebab, Semuanya Bersebab






Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie acik lebih semangat untuk tulis entry , dan ini merupakan permintaan seseorang di email acik , hari nie dah hampir 17 email di hantar untuk ingatkan acik untuk memberikan pendapat dan memberi kesedaran kepada kaum ku adam. Yelah yelah ,acik sekarang nie jarang buat entry tentang cinta melainkan ada permintaan

 Please jangan biarkan kaum Hawa menagis sebab kamu, jangan biarkan mereka menderita sebab kamu juga. Hari ini acik sempat berhubung dengan kila , kila nak ceritakan something pada dengan kila.jom bace perbualan kami.

Kila : Assalamuaikum acik, maaf satu hari nie kila asyik hantar email kat acik saje, sebab kila tak tahan lagi dan tak tahu dengan siapa kila nak bercerita dengan acik kila percaya sikit dan kila mohon acik share di blog acik.

Acik : walaikumusalam,  tak jadi masalah, isnyaALLAH apa yang mampu acik bantu acik akan bantu dan apa yang acik mampu nasihat pastinya acik akan berikan nasihat. 

Kila : Macam gini acik, kila sebenarnya tak tahan lagi, pertama sekali teman lelaki kila , dia selalu mahu uji kila, Kononnya nak tengok kesetiaan kila pada dia. Pernah satu hari tu dia bawak ex girlfriend dia jumpa dengan kila dan kila ok jer sebab kila percaya pada dia. Tapi bila di biarkan mereka masih lagi berhubung dan hampir setiap malam mereka mesej. Dia jujur dengan Kila bila kila tanya dia mesej dengan siapa ? dia jawab dengan ex girlfriend dia. Perasaan mula dah tak sedap nie, kila cakap dengan dia kenapa still kerap mesej dan call dengan dia, kata dah tak ada apa apa hubungan. BF kila hanya kata mereka sekadar kawan dan Kila terlalu defensive dan cemburu buta.

Acik : ohh yeke, so apa tindakan kila ? biarkan saje ? mungkin dia nak uji Kila lagi kot.

Kila : mungkin jugak acik, kila pon berfikir macam tu. Tapi sebulan lepas tu , Kila pelik juga dia jarang hubungi kila ,bila kila call dia kata dia sibuk dan banyak assigment. Bila Kila ajak jumpe , dia bagi seribu satu alasan. Kat kepala nie acik macam macam kila fikir. Sampai satu tahap kila dah face up. Kila sayang dia, dia memahami kila, dia selalu jadi pendengar yang baik bila kila ada masalah dan selalu ada untuk kila.

Dan seminggu lepas tu, kila ternampak di fakulti , dia jalan dengan ex girlfriend dia .Masa tu apa lagi dengan perasaan marah pergi berjumpa mereka berdua. Alasan Bf kila senang je, mereka ada discussion dan ada kerja yang di buat bersama. Kila hanya mampu bersabar dan bersabar.

Lepas kejadian tu, BF kila selalu contact kila , tapi itu pon contact sebab tak ada duit dan nak pinjam. Katanya dia ada banyak assingment dan perlukan duit dan dia janji nak pulang balik. Suatu hari kila ajak bf keluar yelah dah lama tak sama sama keluar macam dulu. Bila jumpa kila ,kila rasa kelakuan dia pelik, mula pegang pengang tangan kila dan badan kila. Bila kila menolak dia kata kita tak sayang dia. Kila tetap menolak dan Bf kila bengang dia cakap kenapa Dia dan perempuan lain boleh pengang pegang  tapi kenapa dengan kila tak boleh ?? Kila terkejut dengan dengan apa yang di katakan.. lama jugak kami tak contact selepas kejadian tu

Baru baru ni dia telefon kila bagitahu yang dia di tangkap basah dengan bekas kekasih dia. Dia minta kila jamin dia dan berjanji akan berubah. .. acik apa perlu kila buat sekarang nie ??  Hati mana tak kecewa, Lelaki Patut Tahu Perempuan Takkan Marah Kamu Tanpa Sebab, Takkan Menangis Tanpa Sebab, Takkan Tawar Hati Tanpa Sebab, Semuanya Bersebab.Hati kila saat ni hancur dan hilang kepercayaan pada lelaki.


Acik : Kila tenang dulu, sekarang nie kila dalam keadaan serabut dan tak tentu arah. Banyakkan selawat , berikan masa pada kila. Tapi satu saje pesan acik pada kila. Lelaki yang baik adalah lelaki yang membawa kila kearah kebaikan bukan menjerumuskan ke lembah maksiat. Kila untung ALLAH masih lagi selamatkan kila ,dan tunjukkan perangai sebenar dia. Satu lagi acik mohon , jangan manjakan dia dengan duit, bila dia minta kila bagi saje.. itu bukan cara yang betul. itu bukan tanggungjawab kila untuk ikut telunjuk segala kemahuan dia. Dah terkena baru nak tahu nak ingat kila. Kila fikirlah betul betul , jangan ambil tindakan terburu buru.Jangan sebabkan satu lelaki hilang kepercayaan pada semua lelaki. Berikan masa untuk diri kamu, ini ujian ALLAH dan merupakan peringatan ALLAH untuk kamu.


Read more: http://www.akupenghibur.com/2013/03/lelaki-patut-tahu-perempuan-takkan.html#ixzz2OqRUEtR5

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll