Benarkah Hantu Pengganas Sulu Muncul DiLahad Datu?
Posted in Label: misteri |
sekadar gambar hiasan
Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu ini berlaku, rakyat sering diwar-warkan dengan pelbagai cerita karut-marut, termasuk kononnya anggota pasukan keselamatan kita yang sedang berkhidmat di Lahad Datu sering diganggu hantu pengganas sulu.
Malah ada laporan mengatakan ATM dan PDRM telah mewujudkan satu unit khas psikologi, khusus untuk merawat anggota mereka yang sering didatangi bayangan tentera diraja Sulu yang terbunuh sebelum ini.
Kebetulan, dari sejumlah besar jenazah anggota tentera penceroboh Sulu yang terkorban setakat ini, kurang separuh sahaja yang berjaya dikeluarkan. Bakinya, sudah terlalu reput untuk dibawa keluar dan jenazah mereka dikebumikan begitu sahaja ditempat dimana mereka ditemui.
Maka timbul lah cerita2 kononnya faktor inilah agaknya yang menyebabkan gangguan-gangguan ‘hantu’ ini berlaku di kalangan anggotan pasukan keselamatan negara kita. Dengan majoriti daripada anggota tentera yang bertugas di sana adalah terdiri dari orang Melayu, maka tidak hairanlah kenapa cerita karut marut ini semua timbul.
Perkara ini penting untuk diketengahkan kerana kelihatannya rakyat kita terlalu percayakan dengan propaganda pihak2 tertentu dengan merekacipta benda tahyul seperti itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan