Lepasan SPM - Sambung Belajar Ataupun Bekerja
Sudahkah adik-adik yang sedang menduduki SPM ataupun yang bakal-bakal mendapat kepususan SPM merancang hala tuju korang? Pernahkah adik-adik terfikir bagaimanakah kehidupan setelah tamat persekolahan nanti? Tahniah bagi adik-adik yang telah mempunyai perancangan dan matlamat. Bagi yang belum ada hala tuju, bila lagi korang nak start merancang?
Post kali ini merupakan post yang panjaaaaang~, Khai nak berkongsi serba sedikit gambaran hala tuju pelajar selepas tamat menduduki perperiksaan SPM. Terdapat 2 pilihan utama yg boleh dibuat, sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja.
Dilema pelajar SPM setelah tamat belajar -
Sambung Belajar VS Bekerja Dari sudut
Perbelanjaan, Pendapatan dan Masa.
1) Sambung Belajar
Bagi mereka yang mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Adakah bidang yang ditawarkan/dipilih bersesuaian dengan cita-cita korang? Adakah korang hanya sambung belajar atas desakan keluarga ataupun sekadar ingin menghabiskan masa dan wang? Utk info adik-adik, kos yang perlu dibelanjakan sekiranya adik-adik memilih untuk melanjutkan pelajaran bukanlah sedikit.
Khai mengambil Kolej Swasta sebagai contoh. Purata yuran pengajian Diploma bagi Kolej-kolej Swasta di Malaysia dalam kursus bukan sains kesihatan (Non Health Science) memerlukan sekurang-kurangnya RM24 ,000 (Tempoh 3 tahun belajar). Nilai ini hanyalah merujuk kepada yuran sahaja, dan ia belum termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti makan, minum, alat tulis, buku, tambang bas, sewa bilik/rumah, pakaian dan lain-lain lagi. Tambahan pula, Nilai ini boleh mencecah sehingga RM48,000 sekirangya korang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kesihatan (Health Science).
Sekiranya masih ingin melanjutkan ke peringkat Ijazah (Tempoh 2 tahun), korang kena mengeluarkan lagi belanja sekurang-kurangya RM35,000 (Kursus non Health Science) untuk menampung kos yuran pengajian. Nilai ini boleh mencapai RM40,000 bagi kursus dalam bidang Sains Kesihatan. Tambahan pula, ia belum lagi termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
If korang melanjutkan perbelanjaan ke Universiti Awam perbelanjaan ini akan berkurangan sebanyak lebih kurang 1/4 daripada Universiti/Kolej Swasta ^_^ (Belajar rajin-rajin ya).
Korang memang sangat bertuah sekiranya mendapat tajaan sepenuhnya daripada keluarga, kerajaan atau mana-mana institusi lain. Tetapi bagi yang kurang berkemampaun dan membuat pinjaman PTPTN, korang akan berhutang sekurang-kurangnya RM59,000 bagi kedua-dua program Diploma dan Ijazah.
WAH! Banyak tuu!! Jika korang membuat pinjaman untuk melanjutkan pelajaran, korang mungkin akan bekerja untuk membayar hutang sekurang-kurangnya dalam tempon 5 tahun lagi (sekiranya korang bayar balik RM1000 sebulan hahaha)
Purata gaji bagi lepasan Diploma adalah dalam sekitar RM1200 hingga RM1800. Manakala Purata gaji bagi lepasan Ijazah pula adalah sekitar RM1800 hingga RM2600 (Sumber: Jobstreet.com). Adakah nilai gaji ini cukup? dalam situasi ekonomi negara Malaysia sekarang ni, gaji RM1200 memang tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi if korang nak beli kereta, berkahwin, beli rumah........
Hmm, setakat ini korang dah dapat gambaran tentang perbelanjaan yang korang akan hadapi jika melanjutkan pelajaran?
Read more: http://www.khaiangel.com/2013/03/lepasan-spm-sambung-belajar-ataupun.html#ixzz2OZFIB6yc
0 ulasan:
Catat Ulasan