Dikuasakan oleh Blogger.

Apa motif aku jadi blogger?



Assalamualaikum semua,

Malam ni, aku rasa aku nak tulis apa yang aku patut tulis. Sebab sudah 2 tahun, aku jadi blogger, memang soalan ni menjadi taruhan, memang selalu. Tapi, aku rasa ampa sebagai blogger jugak pun, mesti ada jugak dengaq soalan macam ni kan? Jom tengok.

1. Kau tulis apa panjang-panjang tu?

Haaaa, ni soalan paling seronok aku nak jawab. Sebab apa aku tulis panjang-panjang? Sebab aku ni manusia, ada akal, apalagi, guna lah sebaiknya. Tukaq idea dengan orang lain, kan seronok, kan bertambah ilmu tu. Betul tak?

2. Apa kau dapat kalau jadi blogger?

Ni pun soalan cepu emas jugak cerita dia, apa aku dapat? Memang lah aku tak dapat apa-apa pun. Takdapat pun duit mencurah-curah dari langit. Tapi aku rasa, aku lebih tahu banyak, macam-macam aku tahu, sebab dari blog tu lah kita boleh membaca. Dah la aktiviti membaca kurang aku ni, so ni mungkin antara caranya.

3. Buang masa kot, menghadap laptop 24 jam.

Buang masa? Memang tak lah cerita dia. Aku rasa lagi elok daripada aku melelong tak buat apa, merapu buat kerja tah apa-apa. Baik aku mengarang, tambah pengetahuan, aku tahu banyak fakta, aku tahu banyak auta.

4. Tah pape tah jadi blogger.

Haha, aku rasa nak gelak ja dekat orang macam ni. Ini minat aku, aku minat menulis, jadi, tak salah aku nak karang apa yang aku rasa benda betul, nak terima? terima lah. kalau tak nak terima apa yang aku tulis? takpa. aku dah ingatkan. kerana ampa saudara ku, aku masih lagi boleh memberi nasihat.

5. Tak femes pon!

Haha, ni lagi loser. Buat apa nak femes? Haha. Nak femes sangat, pergi ujibakat, masuk apa-apa realiti program, masuk. lepas tu kau jerit UNDILAH SAYA YANG NAK FAMOUS NI!

6. Blog ' The Man With His Own Perception ' ni macam bagus ja!

Saya panda, ini blog saya, jadi pengakuan disini, blog aku, pendapat aku, cara aku. Aku hanya luahkan apa yang aku rasa betul. Semua ada pendapat, jadi bagitahu, boleh tukar idea, betul? Nak kata aku bajet bagus? Lantaklah, sebab aku hanya mengarang, apa yang betul, ikutlah wahai kawan-kawan.

bak kata panda :

aku hanya mampu menulis,
yang betul, ikut lah, kalau tidak mahu, tidak mengapa.

Terima kasih pembaca :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll