Dikuasakan oleh Blogger.

Tabung Perdana Menteri, Datuk Najib Razak Ada RM125 Bilion? Mungkin Ada BR1M 3.0 RM1000 Pula?




BR1M 3.0 Online Tabung Perdana Menteri, Datuk Najib Razak Ada RM125 Bilion? Mungkin Ada BR1M 3.0 RM1000 Pula?
Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0) yang sepatutnya berakhir 31 Disember telah pun dilanjutkan sehingga 15 Januari 2013 ini (KLIK SINI). Belum selesai pemberian BR1M 2.0 sebanyak RM500 untuk yang berkeluarga manakala RM250 untuk orang bujang, sudah kedengaran pula yang kerajaan berbesar hati untuk memberikan BR1M 3.0, 4.0. 5.0 yang lebih besar daripada apa yang anda nikmati sekarang. Hebat kekuatan rakyat sekarang……
SLIM RIVER – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bercadang menaikkan jumlah RM500 kepada RM1,000 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada setiap rakyat yang berkelayakan.
Menurutnya, pemberian tersebut adalah untuk menjamin supaya golongan berpendapatan rendah tidak rasa tertekan akibat kenaikan harga barang.
“Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kutipan hasil cukai negara memberangsangkan, kerajaan akan memberi bantuan melalui BRIM2.0, BRIM3.0, BRIM4.0, BRIM5.0 dan seterusnya,” katanya Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan kepimpinan parti BN negeri.
Selain menaikkan jumlah pemberian, katanya, kerajaan juga akan mempertimbangkan pemberian BR1M ini diteruskan untuk jangka panjang mengikut kemampuan pendapatan negara.
Di bawah BR1M 2.0 kali ini sahaja, ia melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.6 bilion. Andaikata pemberikan RM1,000 berapa pula “pelaburan kerajaan Malaysia” yang harus dibelanjakan untuk tujuan pemberian skim BR1M 3.0 pula? Mesti banyak dana kerajaan yang akan digunakan?
Walaubagaimanapun, anda semua tidak perlu risau risau. Tabung Datuk Seri Najib cukup besar ketika ini, iaitu sejumlah RM125 bilion baru mausk. Duit ini yang mungkin akan digunakan dalam pemberikan BR1M 3.0 andaikata kerajaan Malaysia mampu menegkalkan kuasa selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
BR1M 3.0 RM1000 Tabung Perdana Menteri, Datuk Najib Razak Ada RM125 Bilion? Mungkin Ada BR1M 3.0 RM1000 Pula?
Sumber : Sinar Harian Online
Duit RM125 bilion datang daripada mana? Pungutan cukai yang mana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mencatatkan kutipan cukai RM124.69 bilion iaitu jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah percukaian negara, peningkatan sebanyak 13.76 peratus berbanding RM109.61 bilion yang dikutip tahun 2011.
Itu semua duit anda, anda semua di sini. Walaubagaimanapun, jika anda mahukan duit BR1M RM1000, kenalah undi Barisan Nasional. Apa kata anda pula?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll