Dikuasakan oleh Blogger.

Tips Cinta 2 Cara Mudah Elak Pasangan Curang




Salam hormat kepada pencinta sekalian.. Agak lama juga saya tidak berkongsi tips cinta kepada Anda semua. Segak kebelakangan ini kita banyak digemparkan dengan kisah- kisah pasangan curang.. Apa lebih sedih apabila masalah pasangan curang ni berlaku kepada kita sendiri.. Sedih :(
Apa yang bakal saya kongsikan kepada Anda bukannya tips cinta yang sekadar bacaan kosong tetapi.. Saya akan kongsikan sekali kepada Anda teknik dan strategi yang efektif untuk mengelak pasangan Anda daripada curang…
CARA 1 – Perbaiki Atau Ubah Penampilan Anda
Penampilan sebenarnya antara elemen penting di dalam perhubungan cinta. Ramai pasangan yang memandang remeh penampilan mereka. Sehinggakan wujudnyastatement seperti berikut:
“Tak kisah aku gemuk atau kurus, dia tetap sayangkan aku”
“Ala rupa tak pentingla… Stakat bini/laki aku, dia tak kisah pon..” 
Bahaya! Jika anda mula setuju dengan statement di atas…
Mungkin sekarang Anda merasakan penampilan bukannya isu penting di dalam hubungan Anda. Tetapi ingat.. Penampilan sebenarnya boleh menjejaskan hubungan Anda..
Perkara paling buruk yang boleh terjadi adalah apabila Anda mulai sedar, pasangan Anda mula MENILAI penampilan Anda dengan “Orang Lain”.
Apakah Langkah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memperbaiki Penampilan?
Langkah 1 – Sedar dan kenali “Kelemahan” penampilan Anda sekarang.
Langkah 2 – Perbaiki kelemahan penampilan Anda.
Langkah 3 – Kekalkan penampilan baru Anda berdasarkan citarasa pasangan Anda.
Langkah yang begitu mudah tetapi memerlukan “Kepercayaan” dan “Kekuatan”Anda untuk melaksanakannya…
CARA 2 – Ubah Serta Perbaiki CARA Anda Berkomunikasi Dengan Pasangan Anda.
“Komunikasi adalah asas perhubungan manusia”… Jadi kalau dah jadi asas kepada perhubungan manusia maksudnya…
Hubungan Cinta Juga Perlukan Komunikasi…
Melakukan komunikasi adalah cara yang mudah.. Tetapi, berkomunikasi dengan cara yang BETUL adalah perkara yang berlainan.
Berikut adalah beberapa contoh Teknik komunikasi yang pernah saya kongsikan di dalam Ebook Seni Selamatkan Cinta.
Berdasarkan kajian seorang pakar psikologi iaitu Robert Cialdini yang terkenal dengan kaedah “6 Key Principles of Persuasion”… Antara elemen komunikasi yang ditekankan beliau adalah..
Meletakkan elemen “because” atau “kerana” di dalam skrip arahan Anda kepada pasangan.. Mari kita lihat contoh:
 ”Sayang… Tolong buatkan abang air kopi sekarang…”
ATAU
“Sayang… Tolong buatkan abang air kopi sekarang… Sebab abang haus la.. Lagi pun kalau abang buat sendiri tak sedap macam yang sayang buat…”
Dua skrip arahan yang membawa maksud yang sama tetapi memberi mesej yangBERBEZA..
Adalah menjadi lumrah otak manusia untuk BENCI kepada sesuatu yang berbentuk arahan kecuali… Arahan yang “diselitkan” dengan elemen SEBAB ataupun KERANA.
Bagaimana Anda Boleh Aplikasikan Teknik Komunikasi Di Atas Di Dalam Hubungan Anda?
Langkah 1 – Kenali situasi di mana pasangan Anda akan mengelak arahan Anda.
Langkah 2 – Sediakan beberapa skrip arahan yang diselitkan eleman sebab dan kerana.
Langkah 3 – Amalkan di dalam hampir setiap arahan Anda kepada pasangan.
Kesan daripada Cara ini… Pasangan Anda akan mula “menyenangi” dan apa yang lebih penting adalah…
“Pasangan Anda mula SUKA dengan cara Anda berkomunikasi sekaligus meningkatkan RASA Sayang kepada Anda…”
Anda boleh melakukan latihan komunikasi ini kepada pasangan dan komen hasilnya di blog saya…
Dua cara yang saya kongsikan di dalam artikel tips cinta saya pada kali ini memang terbukti 100% boleh mengelak pasangan Anda daripada curang kepada Anda…Itu pun jika pasangan Anda 100% benar cintakan Anda…
Nak tahu “Rahsia Bagaimana Ketahui Si Dia Benar- Benar Cintakan Anda?”… Nantikan Artikel saya yang seterusnya :)
p/s: Anda tak perlu habiskan puluhan ribu ringgit untuk mengupah perisik peribadiHANYA kerana ingin mendapat jawapan YA ataupun TIDAK pasangan Anda curang…
Salam Sayang Semua

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll