Gadis penggemar seks rambang punca pergaduhan 20 remaja lelaki
- Feb 14, 2013 02:26:04.
KULIM – Gara-gara sering melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dikatakan menjadi punca berlakunya pergaduhan melibatkan lebih 20 remaja lelaki di sebuah taman perumahan, di sini kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, dalam kejadian itu seorang remaja lelaki cedera di bahagian badan dan muka akibat dibelasah sekumpulan remaja lain.
Menurutnya, mangsa kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim sebelum dihantar oleh unit MPV ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Siasatan awal mendapati, abang remaja perempuan terbabit naik berang apabila mengetahui adiknya melakukan hubungan seks, bagaimanapun remaja perempuan itu menyatakan dia tidak dipaksa atau diugut ketika melakukan hubungan seks dengan enam teman lelakinya.
“Ketika sampai di tempat kejadian, lebih 20 remaja berada di kawasan itu. Kita turut menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun,” katanya.
Ghuzlan berkata, kini seorang suspek telah memberikan lebih 10 nama rakan lain yang terlibat dalam pergaduhan itu.
“Remaja perempuan terlibat turut ditahan untuk memberi keterangan. Beberapa nama lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengannya juga direkodkan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis akan menahan suspek terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, remaja perempuan terlibat berkata, dia mula melakukan hubungan seks rambang ketika berusia 15 tahun dan tabiat buruknya itu berlarutan sehingga hari ini.
Katanya, dia akan melakukan hubungan seks dengan teman lelaki sekurang-kurangnya seminggu sekali terutama pada hari Jumaat.
“Selalunya kami akan melakukannya pada waktu tengah malam. Apabila menjelang subuh, saya akan balik ke rumah. Dengan cara ini perbuatan saya itu tidak dapat di kesan oleh keluarga,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan