Respon Balas Almy Nadia Berhubung Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang
Almy Nadia yang ditanya mengenai perkembangan terbaru dan pemohonan maaf Fizz Fairuz yang baru putus tunang kerana tunangnya itu isteri orang bagaimanapun enggan mengulas lanjut..
Almy Nadia yang keliru dengan situasi ini bagaimanapun menggangap segala yang berlaku terhadap Fizz Fairuz adalah hukum karma..
“Saya tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Saya sudah tidak boleh berfikir dan saya tidak mahu membebankan fikiran dengan perkara ini. Segala yang berlaku ini adalah hukum karma. Itu sahaja yang boleh saya katakan.
Hanya Allah yang tahu kedudukan sebenar dan hanya Dia juga yang tahu bagaimana perasaan saya ketika ini. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya buat masa ini,”
Dalam pada masa yang sama, Almy Nadia juga mengakui yang dia sememangnya sudah mengetahui berita Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang beberapa hari sebelum ini melalui seorang rakan, Namun Almy Nadia mengambil langkah mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur urusan mereka.
Almy Nadia juga tidak menolak kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, kerana sepanjang tujuh tahun Fizz Fairuz menjadi kekasihnya, dia tidak pernah berkelakuan pelik seperti itu..
“Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah…,” katanya enggan mengulas lanjut.
0 ulasan:
Catat Ulasan