PANAS!! A W I E KENA SANTAU??
Ketika sidang media konsert Wings Rockestra baru-baru ini, vokalis kumpulan ini, Awie memberitahu pihak media dia sukar menyanyi lagu-lagu berirama rock seperti dahulu. Jelas penyanyi ini, bukan mudah baginya untuk mendapatkan ‘mood’ bagi menyampaikan lagu-lagu bergenre itu.
“Saya sudah lama tidak merakamkan album iaitu kira-kira 11 tahun. Untuk merakamkan lagu rock ini bukan mudah kalau sudah lama ditinggalkan. Sebab itu, rakaman album terbaru Wings bersama Kru Music itu masih lagi tertangguh. Rakaman muzik semua sudah siap, tetapi saya masih tidak dapat rakamkan vokal untuk semua lagu. Baru siap satu lagu. Bukan saya tidak cuba buat, tapi apabila ke studio, saya rasa hilang punca. Tak tahu nak nyanyi macamana. Daripada dapat hasil yang tidak memuaskan, baik saya ambil masa untuk dapatkan yang terbaik,” ujar Awie berterus-terang.
Dalam masa yang sama, teraju utama filem ‘Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit’ ini turut memaklumkan sehingga kini dia masih berhati-hati dalam aspek penjagaan vokal. Ini kerana dia tidak mahu menjalani pembedahan kali ketiga bagi memulihkan masalah peti suaranya.
“Pembedahan pada tahun 1994 dan 2007 memberi pengalaman yang cukup perit kepada saya. Saya tidak mahu tanggung kesakitan lagi. Sehingga kini, saya masih berhati-hati dalam aspek penjagaan vokal saya. Selain menjaga pemakanan seperti tidak mengambil makanan bergoreng dan pedas-pedas, saya juga selalu buat latihan sebelum terlibat dengan mana-mana persembahan. Terutamanya persembahan yang besar-besar. InsyaAllah dengan latihan yang cukup, peti suara saya lebih bersedia,” ujar Awie lagi.
Sementara itu, dalam program Melodi Ahad lalu, Awie sekali lagi mengakui tahap kesihatannya kini masih belum berada di tahap yang memuaskan. Jelas Awie, setiap kali dia mahu melakukan sesuatu kerja, pasti badan dia berasa tidak sihat. Malah, ketika mahu menghadiri sidang media Wings Rockestra baru-baru ini, dia turut mengalami muntah-muntah.
Awie sebelum ini memberitahu dia terkena santau tuju-tuju dan telah berubat menggunakan kaedah perubatan Islam. Selain mengalami batuk-batuk sehingga tiga bulan, Awie juga mengalami masalah bengkak kaki sehingga sukar berjalan.
0 ulasan:
Catat Ulasan