Dikuasakan oleh Blogger.

Beberapa terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di Lahad Datu

Lihat blog


Friday, March 1, 2013

Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.
Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.
Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.
Sama sama kita mendoakan agar dipermudahkan urusan anggota keselamatan kita dalam memperjuangkan tanah air Sabah Amin !!!


Read more: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/03/beberapa-terbunuh-dalam-kejadian.html#ixzz2MIdFgnbz
 - See more at: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/03/beberapa-terbunuh-dalam-kejadian.html#sthash.reH2LfMu.dpuf

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll