Dikuasakan oleh Blogger.

Raja Muda Azzumudie disyaki terbunuh dalam serangan udara semalam



tentera wanita sebagai hiasan saja
LAHAD DATU - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Akhirnya kita rakyat Malaysia boleh berbangga dengan tentera negara kerana diberi peranan menyelesaikan masalah. Imej polis terus tercalar kerana gagal menangani isu pencerobohan di Lahad Datu. Sekiranya mereka berjaya, mereka pastinya dapat meningkatklan kembali imej pasukan polis Malaysia yang kini merudum teruk akibat politik.

Mengapa gua gunakan imej wanita untuk entri ketenteraan ini?

Penceroboh Lahad Datu adalah jauh lebih rendah keupayaan dan bilangannya berbanding pasukan keselamatan Malaysia. Namun demikian mereka berjaya membunuh enam polis Malaysia.Dua daripadanya adalah anggota komando VAT69. Apabila disebut komando, kita pastinya sedar bahawa mereka adalah yang terbaik di Malaysia. Dua komando Malaysia diratah pasukan penjenayah asing yang menceroboh Malaysia kerana sikap sambil lewa pengurusan dan memandang rendah keupayaan penceroboh.

Ibarat wanita walaupun serba kekurangan, mereka mampu membunuh lebih ramai anggota keselamatan jika kita tidak bersungguh-sungguh dan tentera tidak digunakan.. Alhamdulillah. Tentera sudah mula digunakan. Konflik akan tamat dalam masa terdekat. In Syaa Allah....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll