Dikuasakan oleh Blogger.

BERITA DARI SEMPORNA


Monday, March 04, 2013


408 Views
Asalamualaikum.


Terkejut bila dengar berita Semporna pon terlibat dengan kejadian pencerobohan olehtentera Sulu. Bertalu-talu henfon berbunyi dari rakan-rakan suami (MJ) yang bertanyakan khabar. terima kasih pada yang concern. 


actually, kami tak tahu pun ada kejadian serangan kat Semporna malam tu (02.03.13). bila bukak Facebook baru tahu ada kejadian kat sana. tapi time tu apa yang di beritakan adalah serangan pihak polis yang cuba menangkap para penagih dadah dan penjual Syabu. banyak berita yang bersimpang siur. ada yang kata penagih dadah la, ada yang kata mereka ada lah saki baki tentera Sulu yang cuba bersembunyi di daerah Semporna. tapi pihak Kerajaan siap buat "statement" keadaan masih terkawal. Oh My God! "terkawal?" terkawal la sangat bila lima orang anggota polis terkorban. itu kat Semporna. kat Lahad Datu yang dua orang lagi tu? cammana? 


Sangat-sangat terkilan dengan pemberitaan yang bersimpang siur kat media elektronik, media cetak dan media sosial. kami yang ada saudara mara yang tinggal berdekatan lokasi kejadian sangat-sangat risau. setiap setengah jam MJ akan call mak dan adik beradik dia kat Kampung. bertanya kabar. Bila mak mertua bagitahu masih terdengar lagi bunyi tembakan, macam nak tercabut jantung. dalam hati berkata "Ya Allah, betul ke kejadian ni berlaku kat negara ni?" macam mimpi. biasa tengok negara orang yang berperang bagai ni. tapi bila benda ni terjadi depan mata dan melibatkan ahli keluarga sendiri baru terasa apa yang orang-orang Palestine dan negara berperang itu rasa. 





ini adik MJ. sorang bawak kerete kebal and sorang lagi anggota MP


Adik beradik dan saudara mara MJ yang bekerja sebagai anggota tentera pon dah panas bontot. mereka semua nak balik kampung, nak turut sama berjuang mempertahankan tanah tumpah darah nya. Tapi, mungkin peluang itu belum datang. so, apa yang mampu di buat sekarang adalah berdoa dan berdoa semoga keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.



Cuma yang saya kesalkan. Tolong lah.. tolong sangat-sangat.. Tolong jangan politikkan benda-benda macam ni. ni melibatkan nyawa dan keselamatan manuasia. kalau nak berpolitik.. sila politikkan benda-benda yang lain. Time kekacauan macam ni pon still ada lagi yang saling tuding menunding jari. sibuk mencari salah orang lain. Oh please la. kalau korang semua (pemimpin yang bertelingkah) tak sayang negara ni, sila cari negara lain ok. MUAK!




#prayFor Sabah

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll