Dikuasakan oleh Blogger.

TERKINI !!!! ANGKATAN TENTERA SIAP UNTUK MENGGEMPUR BEBERAPA LOKASI PEMBERONTAK DI SABAH !!




RAJEMEN ASKAR BERSATU MELAYU TIBA DI SABAH.

Menurut sumber berita,  kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia dan mampu berhadapan dengan apa sahaja situasi yang akan berlaku pada bila-bila masa

Pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan tentera dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo di sini yang telah berlarutan selama 19 hari.

Angkatan Tentera Malaysia  dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah. 2 Batalion tentera kelmarin sudah tiba di Lahad Datu bagi membuat serangan balas terhadap pengganas tentera Sulu .

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya juga sentiasa berwaspada dan tidak memandang rendah pasukan penceroboh yang dilihat mempunyai pengalaman bertempur selain taktik serangan gerila yang baik.
“Kita mempunyai rancangan dan kita tidak boleh terus masuk tetapi apa yang penting kita telah mengepung dan mereka sentiasa dalam perhatian kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll