Dikuasakan oleh Blogger.

GEMPAR! - LAHAD DATU DARURAT 3 ORANG POLIS KOMANDO VAT69 TERBUNUH TEMBAK MENEMBAK (5 GAMBAR)



TAOTAUAJER - Lahad Datu, Sabah diisytihar darurat? Itulah topik panas yang sedang berlegar-legar di ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter. Mengikut dari beberapa status di Facebook, tembak menembak telah berlaku di Lahad Datu antara Komando Malaysia dan penceroboh Kesultanan Sulu.


Kebanyakkan info mengenai perkara ini diperolehi daripada akhbar online Filipina.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini iaitu G/17984 skuad 2/2006, Insp. Zulkifli Mamat & Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando.

Mereka terkena serangan peluru mortar ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Dipetik dari laporan wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu, mayat kedua-dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.



"Land Rover membawa 2 komando Msia mati (VAT 69); Inspektor Zulkifli mamat & Sarjan Sabaruddin Polis"
sumber: Bernama

Sebuah kenderaan ambulans keluar dari Kampung Tanduo membawa anggota keselamatan yang cedera dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung Tanduo


UPDATED!
Pihak polis telah pun membuat kenyataan rasmi jam 6 petang tadi. Sah 2 orang komando terbunuh dalam pertempuran yang berlaku selama 20 minit apa bila mereka terserempak dengan sekumpulan penceroboh jam 9.59 pagi tadi.


Alfatihah Insp Zulkifli Mamat VAT69 darah satria .. takziah buat keluarga Allahyarham ..

Perdana Menteri berkata beliau telah memberi mandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi.

Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.

"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri. Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.

UPDATES!
Koperal 135383 Azman B. Ampong juga terkorban menjadikan 3 pejuang negara sudah terkorban .

Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan
mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki)
    (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli  (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki)  
   (ditempatkan di Hospital Sandakan)


TAOTUAJAER : Semoga 2 anggota komando polis ditempatkan di tempat2 org beriman, mati syahid mempertahankan negara. Nantikan updates-updates terkini dari Tao...#Pray4Sabah #Pray4LahadDatu #Allahuakbar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll