PERTEMPURAN DI LAHAD DATU: DUA ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA TERKORBAN DITEMBAK LANUN SULU!!!
Ini berita terbaru yang diterima dari Lahad Datu...
Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu pagi tadi. Tembakan telah dimulakan oleh lanun-lanun Sulu yang masih enggan berganjak dari bumi Malaysia meskipun Kerajaan Malaysia menggunakan pendekatan berlembut dan memujuk.
Kedua-dua anggota keselamatan Malaysia itu, mengalami kecederaan parah selepas terkena tembakan mortar lanun Sulu.
Laporan awal menyatakan, dua orang anggota keselamatan Malaysia telah mengalami kecederaan akibat kecederaan dan dipindahkan ke Hospital Lahad Datu.
Menteri KDN pula dalam TWITTERnya menyatakan, anggota keselamatan Malaysia belum lagi melepaskan sebarang tembakan walaupun lanun-lanun tersebut telah berbuat demikian.
Laporan media Filipina pula menyatakan, 10 orang lanun Sulu yang bersenjata telah berjaya ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia. Media-media Filipina itu memetik kenyataan salah seorang daripada pemimpin lanun tersebut yang menjadi jurucakap kepada ketua lanun yang menggelarkan dirinya sebagai sultan, Abraham Idjirani, kononnya pasukan keselamatan Malaysia yang melepaskan tembakan ke arah pasukan lanunnya terlebih dahulu.
Lanun-lanun yang terpengaruh dengan Anwar Ibrahim dan cuba mendapatkan duit dengan cara mudah selepas usaha mereka menculik dan melarikan warga Malaysia ke Filipina kini berhadapan dengan kesukaran ekoran beberapa cubaan mereka berjaya ditumpaskan oleh pasukan keselamatan,
Kesultanan Sulu telah lama pupus dan tidak wujud lagi apabila Sultan Sulu yang terakhir menjual wilayahnya kepada Filipina. Sekarang, keturunannya meroyan meraban mengaku mereka adalah keturunan Sultan, walhal kesultanan mereka telah lama dihilangkan akibat perbuatan sendiri.
Kebanyakan daripada mereka merupakan lanun-lanun yang menyara hidup dengan cara menyamun, merompak dan menipu, seperti yang berlaku kepada seorang lagi 'Sultan Sulu' yang ditabalkan di Sabah tidak lama dahulu!!
Labels: lanun sulu, PDRM
11 comments:
KERAJAAN MALAYSIA..BERTINDAK TEGAS LAH. KITA NEGARA BERDAULAT. ALLAHU AKBAR!!!